Ramadan kali ini, mungkin menjadi tahun ketiga buat saudara kita di Gaza menyambut bulan mulia tanpa masjid.
Kita tahu, membina semula sebuah masjid konkrit di sana bukan kerja sehari dua bahkan ia mungkin memakan masa bertahun-tahun.
Maka, BINA SEMULA masjid yang sedia ada adalah satu-satunya ikhtiar terbaik yang kita ada sekarang. Dengan izin Allah, projek ini akan menjadi solusi terbaik untuk memastikan mereka dapat kembali sujud di dalam ruang ibadah yang lebih layak dan sempurna secepat yang mungkin.
"Siapa yang membina masjid kerana Allah, Allah akan bina untuknya rumah di syurga."
(HR. Bukhari & Muslim)
Tak perlu jumlah besar. Dengan serendah RM30, kita sama-sama dapat dirikan semula bumbung ibadah buat Gaza supaya mereka tak lagi solat di celah runtuhan.
.
Sumbangan anda membantu:
✅ Membina semula masjid agar lebih selamat untuk solat berjemaah
✅ Menyokong pengajian al-Quran dan aktiviti mengimarah masjid yang berterusan
✅ Mengembalikan suasana ibadah walaupun dalam keadaan serba kekurangan