Air Banjir Bukan Sekadar Menghanyutkan Harta, Tetapi Turut Merosakkan al-Quran Mereka.
Di Aceh, selepas banjir melanda, helaian al-Quran yang selama ini dibaca dalam musolah turut rosak dan berlumpur.
Al-Quran yang menjadi peneman Ramadan,
yang dibaca saat sahur dan selepas tarawih,
kini tidak lagi dapat digunakan.
Anak-anak yang biasa mengaji terpaksa berhenti,
bukan kerana tidak mahu membaca,
tetapi kerana al-Quran mereka turut diuji oleh banjir.
Ramadan semakin hampir,
namun mereka kehilangan naskhah yang paling mulia dalam hidup mereka.