Bersempena puasa 10 Muharram (Hari Asyura), sekali lagi kami akan laksanakan tajaan iftar berupa Nasi Daging terus kepada mereka yang memerlukan.
LOKASI AGIHAN :
Kem Pelarian Palestin di Utara Gaza, Palestin
Kem Pelarian Palestin di Beirut, Lubnan
Kem Pelarian Palestin di Utara Gaza, Palestin
Kem Pelarian Palestin di Beirut, Lubnan
SAHAM AKHIRAT ANDA:
1- RM300 → 1 pek lengkap *kos semasa akibat sekatan dan bekalan makanan yang terhad
2- RM100 → kongsi 1/3 pek
3- RM50 → sumbangan makanan dikumpulkan bersama
Setiap pek akan dimasak oleh sukarelawan Wira Palestin dan terus diagihkan kepada keluarga yang memerlukan.

Semoga tahun baru ini menyuburkan lagi rasa cinta dan jihad kita dalam mempertahankan bumi Al-Aqsa serta meningkatkan keprihatinan terhadap saudara-saudara se-Islam yang memerlukan ihsan dan sokongan kita.
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(Surah Al-Baqarah, ayat 218)

Saksikan laporan bantuan misi Tajaan Iftar Hari Arafah yang berjaya direalisasikan hasil sumbangan anda buat mereka di Gaza, Palestin pada Mei 2026, baru-baru ini. Alhamdulillah. Bantuan yang dihulurkan bukan hanya meringankan beban, malah menghidupkan semula harapan yang hampir pudar.
Dan insya-Allah, kita akan ulangi kebaikan ini bersama-sama sempena Puasa Hari Asyura tak lama lagi.

Projek Tajaan Iftar Hari Arafah 2026
Tarikh : 25 Mei 2026
Lokasi : Mukhabarat, Utara Gaza, Palestin
Jenis Bantuan : 450 Pek Nasi Daging Kambing
Jumlah Penerima Manfaat : 450 Orang ( 400 orang awam , 50 petugas sukarelawan
Projek Tajaan Iftar Hari Asyura 2025
Tarikh : 5 Julai 2025
Lokasi : Utara Gaza, Palestin
Lokasi : Utara Gaza, Palestin
Jenis Bantuan : 2,000 keping roti
Jumlah Penerima Manfaat : 100 Buah Keluarga
Hari Ini, saat kita masih punya pilihan..mereka hanya bersandar pada harapan. Kalau bukan sekarang, bila lagi ?
Di sebalik kesibukan dan ujian hidup kita, masih ada isan yang menanti uluran ihsan.
Sekecil mana pun yang kita beri, itulah yang menghidupkan semula kekuatan mereka untuk terus bertahan.
Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa mengurangi pahala orang tersebut sedikit pun.” (HR. Tirmizi)
