BINA SEMULA MUSHOLAH & WAKAF AL QURAN (ACEH)












Musolah Ini Pernah Menjadi Tempat Sujud, Kini Tenggelam Dilanda Banjir.

Di Aceh, banjir besar telah merosakkan musolah yang menjadi nadi ibadah penduduk setempat. Tempat anak-anak belajar mengaji, tempat doa dipanjatkan, tempat hati mencari tenang kini hanya tinggal kesan lumpur dan kerosakan.

Ramadan bakal tiba. Namun tanpa musolah, ke mana mereka ingin bertarawih?
Di mana azan akan bergema? Kelab Perwira Malaysia akan membina semula musolah ini agar siap sebelum Ramadan, supaya cahaya ibadah kembali menyinari Aceh dan umat Islam dapat menyambut bulan mulia dengan sempurna.

Di Aceh, selepas banjir besar melanda, bukan sahaja musolah rosak bekalan makanan juga semakin sukar diperoleh. Ada yang berbuka sekadar dengan apa yang ada, ada yang menahan lapar demi anak-anak. Ramadan semakin hampir, namun bagi mereka, ujian belum berakhir. Bukan memilih juadah, tetapi berharap masih ada makanan untuk berbuka dan bersahur. Dalam kesempitan ini mereka tetap ingin beribadah, tetap ingin bersujud, walaupun perut kosong dan hati diuji. Bantuan anda bukan sekadar makanan, tetapi harapan untuk mereka terus bertahan. Semoga setiap sumbangan menjadi saksi kebaikan di bulan penuh rahmat.

Air Banjir Bukan Sekadar Menghanyutkan Harta, Tetapi Turut Merosakkan al-Quran Mereka.

Di Aceh, selepas banjir melanda, helaian al-Quran yang selama ini dibaca dalam musolah turut rosak dan berlumpur. Al-Quran yang menjadi peneman Ramadan,
yang dibaca saat sahur dan selepas tarawih, kini tidak lagi dapat digunakan.

Anak-anak yang biasa mengaji terpaksa berhenti, bukan kerana tidak mahu membaca, tetapi kerana al-Quran mereka turut diuji oleh banjir.

Ramadan semakin hampir, namun mereka kehilangan naskhah yang paling mulia dalam hidup mereka.

BANTUAN FASA PERTAMA PERWIRA MALAYSIA DI ACEH

Marilah kita bersama-sama menyumbang untuk pembinaan semula musolah ini.
Musolah yang pernah menjadi tempat sujud, doa dan alunan al-Quran kini rosak akibat banjir. Di sinilah anak-anak belajar mengaji, di sinilah masyarakat berkumpul mencari kekuatan iman namun kini ia tidak lagi dapat digunakan.

Ramadan semakin hampir, sedangkan mereka masih belum mempunyai tempat untuk bersolat, bertarawih dan beriktikaf. Dalam kesempitan mendapatkan makanan dan al-Quran yang turut rosak dilanda banjir, harapan mereka kini bergantung pada keprihatinan kita. Ayuh hulurkan sumbangan anda hari ini.
Agar musolah ini dapat dibina semula sebelum Ramadan, supaya azan kembali berkumandang, al-Quran kembali dibaca, dan saudara kita di Aceh dapat menyambut bulan mulia dengan penuh makna. Satu sumbangan anda, sejuta pahala mengalir berpanjangan.




Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
MUSOLLAH ACEH RM500
MUSOLLAH ACEH RM100
MUSOLLAH ACEH RM50
MUSOLLAH ACEH RM30
WAKAF AL QURAN RM50
WAKAF AL QURAN RM30
BAYARAN FIDYAH>> RM 4 ( Secupak beras ) X ( Jumlah hari puasa yang ditinggalkan )
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

Sila tanda ✔️ jika anda SETUJU/TIDAK menerima whatsapp/emel promosi/perkembangan projek dan lain-lain info dari pihak kami.

BUTIRAN SUMBANGAN


PENGESAHAN